Tuesday, 28 August 2012

Hafiz break time Intro

Salam saya Hafiz Azrai mula startmenceburi bidang blogger pada 29/8/2012 wah 2 hari lagi nak merdeka....tujan saya membina sebuah blog ada untuk tatapan umum agar menjadi seorang pembaca...pelbagai entry akan saya muatkan dalam blog ini dari segi hiburan, mainan  dan pengetahuan tentang dunia luar, dalam negeri dan peristiwa manis pahit saya sendiri.

Jadi saya seorang pelajar jurusan Diploma Pengurusan Perniagaan di UNIversiti SELangor. Korang perasaan terdapat 5 huruf yang di besarkan kerana bila di gabungkan iakan menjadi UNISEL yang pada kini penuh dengan masalh politik, tetapi ini tidak bermakna saya adalah pelajar yang terlibat dalam menghuru-hara keadaan dalam universiti ini.

Saya di Universiti ini tidaklah terlalu famous sehingga semua pelajar kenal saya, ini kerana rupa paras saya tidak sehandsome Aaron Aziz atau kulit selembut Tom Cruise. Saya adalah seorang pelajar yang biasa di universiti ini dan selalu melihat keadaan dan cuba membaca psikologi seeorang dari tingkah-laku dan percakapan.

Kembali kepada blog ini , blog ini saya akan munggunakan masa tidak melebihi setengah jam untuk menulis kadang kala termakan 1 minit atau 2 maafkan halalkan sahaja..Tetapi kadangkala saya tidak berkesempatan untuk menulis entry yang pada tiap-tiap hari update seperti penulis-penulis blog tegar yang tidak pernah jatuh dari pada ranking blog. Saya juga mempunyai facebook search www.facebook.com/Fiz.server atau cari Fizrai (Hafiz Azrai) insyaallah keluarlah FB saya ini.

So stay tune on blog untuk berita panas hangus hangit dari blogger sedunia.

1 comment: